DaisypathNext Anniversary Ticker

strictly for perfume lover

Gallery of my perfumes....

How to contact me
  • ammich2003@yahoo.com
  • Yahoo massenger id ammich2003
  • h/p012-2040958.
  • check my latest perfume at amirperfume blogspot
  • FACTS ABOUT Original Reject Perfume
  • Not all rejects are done in the factory plant itself but may also occur after sale...
  • 1) AFTER SHIPPING REJECT... - after shipping reject is one of the common rejects for all products. Most of the case, its only effect the packing (box) but not the bottle. Since people won’t buy any defect items at the counters as customers only demand for the perfect item even with the box, this rejected item will end up at the warehouse. Another reason why my products have no boxes...
  • 2) FACTORIES REJECT... - it would be impossible to produce products without reject. Most company (factory) only achieve 99.8% yield (output) where 0.2% is rejected e.g. 99.8%x1000000 = 998000 bottles. The rest are rejected (2000 bottle). Why they are rejected? It could be Scratches, wrong branding etc. These reject will never be thrown away. They have their own vendor for disposal. Since there are so many manufacturers for brand of perfumes, it will be enough for people like us to trade them... Factory reject outlet is no longer strangers among us anymore. Their stores are everywhere. Nike, Levis, Ralph Lauren and lots more branded items are selling there. Are they selling fake item? No, they are original and customer has no doubt at all. But it had been sold with lower price as they are rejected...
  • 3) EXPIRIES. - After quite some times perfumes also will expire. Let say for 1 batch is valid for 8 month. If the item failed to be cleared on time, it will be returned to where it came from. Then manufacturer will reduce the output base on the sale demand. But the different is perfumes are still in good condition even after the date line.
  • The point is REJECTS ARE NOT FAKE. They are also original but the quality is lower. Not quality of the perfume but only the surface or physical part of it, mostly the bottles. For those who have my perfume, you should know what I’m trying to say here… and lots of thanks for being so supportive.
  • YOU FEEL GOOD WHEN YOU SMELL GOOD!!
  • Disclaimer - If you believe that I'm wrong, this never meant nothing to you.(Another message from Amirperfume.blogspot.com)
  • Perfume TIPS
  • It is clear that what smells good on one person may not smell good on another. This is because we all have different natural body odors that may mix well with some fragrances and not others. Just like noticing a fabulous outfit on someone and then buying that same outfit, only to find out that it does not look as fabulous on you. The same is true for perfume. For all those who have not tried any perfume just play it safe and go to your local department store and try some before you purchase it over the net. And for all those who have tried it and didn't like it, don't blame the designer or down-talk the product; just admit that it did not go well with your body chemistry. As stated before, there are different strokes for different folks.
  • If you have fair or dry skin, your perfume is going to wear off faster than those with oily or darker skin. This simply means that you might need to give yourself one or two sprays of your favorite scent during your lunch break.
  • Vary the fragrance that you use from time to time. It has been medically proven that scents have a strong effect on our emotions and mindset. Don’t feel inhibited about trying new and different perfumes every 3-4 months, or along with the changes of the seasons.
  • To keep your scent as true as the first day you bought it, place it in an airtight plastic container and store it in the fridge between uses. By doing so, you slow the process of oxidation, which breaks down the scent. This is especially useful during those hot, bright and humid months.
  • Other things
    ,
    Free
    Free
    Bookmark and Share
    Tuesday, September 25, 2012
    Soal jawab mengenai September Sale.
    Soal Jawab mengenai sale September.

    Q- Macam mana nak dapat harga potongan 50%?
    A- Beli dua botol sekurang kurangnya. Botol pertama pada harga asal, botol kedua dapat potongan 50%.

    Q-Boleh saya dapatkan tawaran potongan harga untuk perfume yang tiada dalam list anda?
    A-Maaf, tawaran ini hanya untuk perfume yang ada didalam senarai sahaja. Siapa cepat dia dapat.

    Q- Berapa harga yang ditawarkan untuk pembelian sebanyak 3 botol?
    A- Botol pertama dan ketiga akan dijual pada harga asal. Hanya botol kedua dapat potongan harga. Namun begitu anda layak mendapat potongan harga sekiranya anda tambah satu lagi untuk belian yang keempat.

    Q- Syarat syarat lain?
    A- Harga untuk belian yang kedua yang mendapat potongan harga mestilah lebih rendah atau sama dengan harga botol pertama.

    Q- Ada tak sebarang 'hidden-cost' dalam tawaran ini?
    A- Tiada. Cuma tambah kos penghantaran pos laju sebanyak rm10 untuk 2 botol tersebut. Sabah dan Sarawak RM15.

    Q- Dimana saya boleh dapatkan senarai perfume yang masih ada?
    A- Sila lawat blog amirperfume untuk update terkini.

    Anda dialu alukan untuk mengajukan soalan mengenai September Sale ini melalui facebook atau email ammich2003@yahoo.com. Setiap soalan akan diselitkan sebagai soalan yang berikutnya.




    posted by Amirperfume (AP Network Enterprise - SA0215574-P) @ 9:18 AM   0 comments
    Bookmark and Share
    Monday, September 17, 2012
    Apa itu Original reject perfume?
    Apa itu Original reject perfume?

    Original Reject perfume -Koleksi peribadi.

    Perfume original ikhsan Google

    Kotak vs pouch





    APA ITU PERFUME Original rejected item (ORI)?

    Perfume Original rejected item ialah perfume original sama yang dijual di kaunter. Saiz, bentuk, label, penutup, nozle, sticker...semua sama. Apa yang penting haruman mesti sama.


    Beli perfume kat kaunter dan bandingkan.


    Perbezaan yang mungkin ada:-
    1. Kotak -
    Kaunter = Dibungkus cantik dengan kotak bersalut plastik dan di seal dengan sticker designer. Kemudian di masukkan dalam shopping bag elegant. Memberi kepuasan yang tinggi melihat susunan kotak perfume yang dikumpul di atas meja solek.
    ORI = Dimasukkan didalam pouch baldu yang sangat berguna ketika disimpan dalam bag toiletries bersama barangan lain ketika travel.

    2. Bentuk fizikal.
    Kaunter = Bentuk fizikal pasti 100% perfect.
    ORI = Untuk stok Amirperfume biasanya ada sedikit calar (Lihat gambar diatas sebagai contoh). Ada yang didatangkan tanpa tudung, ada yang kesan leaking dibahagian bawah nozzle terutama utk botol chrome seperti Chanel Allure Sport. Tulisan label pudar, nozle yang telah ditukar, sticker terkopak keluar sedikit dan sebagainya. Anda mesti selalu terbaca tentang ini tapi mungkin tak ramai yang tahu kenapa. Mari saya jelaskan.

    *Fizikal calar -
    Perfume yang dikumpul akan ditelanjangkan tanpa kotak untuk dikesan tahap keseriusan defect nya. Setelah diasingkan, perfume yang telah dibaikpulih dan sedia untuk dijual semula akan dikumpul untuk dipasarkan. Semasa proses ini, selalu terjadi kesan calar akibat botol perfume yang berlaga sesama sendiri. Kadar calar bergantung kepada tahap penjagaan semasa stage ini. Semakin kurang calar, semakin tinggi harga.

    *Tanpa tudung -
    Biasanya tudung perfume pecah atau hilang semasa proses yang sama seperti diatas, kehilangan tudung adalah perkara biasa. Untuk makluman, tudung perfume dibuat khas untuk padan dan dikunci dengan botolnya. Hanya tudung yang original akan fit kepada botol yang original. Kebanyakan tudung perfume immitation tidak muat sempurna keatas botol yang asli. Begitu juga sebaliknya.

    *Ada kesan leaking dibahagian bawah nozzle -
    Terutama untuk botol chrome seperti Chanel Allure Sport, masalah paling banyak ditemui dalam perfume adalah kesan leaking. Biasanya perfume akan diisi penuh untuk dihantar ke unit quality untuk diuji sebelum dibungkus, Perfume yang ada kesan leaking akan direject dengan serta merta. Botol chrome seperti Chanel Allure sport adalah saduran lapisan chrome nipis diatas permukaan botol. sangat sensitive dengan tindakbalas chemical terutama apabila cairan yang tumpah dibiarkan kering sendiri tanpa dibersihkan.

    *Tulisan label pudar -
    Juga biasanya disebabkan oleh lelehan cairan perfume. Walaubagaimanapun, ada juga disebabkan oleh ketidaksempurnaan semasa proses engrave pada permukaan botol.


    *Nozle yang telah ditukar -
    Antara masalah serious kenapa perfume di reject adalah masalah nozle dan semburan. Cara membaikpulih adalah dengan membetulkan saluran atau menggantikan kepala nozzle. Ruang udara tersumbat menyebabkan semburan gagal berfungsi. Penukaran kepala nozle ini menyebabkan ia berbeza sedikit dari bentuk asal. Ada designer yang menggunakan kepala nozzle khas yang berbeza dengan perfume jenama lain. Seperti Kenzo, Dior menggunakan kepala nozle dengan tertera nama mereka sendiri. Ada juga yang menggunakan warna keemasan atau pun warna sedondon dengan botol seperti Vera Wang Princess.


    *Sticker terkopak keluar sedikit -
    Sticker dibawah botol adalah info berguna untuk setiap perfume. Dari saiz botol, jenis kandungan, nombor siri dan lain lain maklumat ada tertera disitu. Disebabkan kedudukan sticker tersebut dibawah botol, ia terdedah kepada pelbagai risiko untuk tertanggal. Antara faktor yang paling kerap terjadi apabila sticker ini terkena air atau terdedah kepada faktor kelembapan. Meletak perfume pada suhu sejuk buat seketika elok untuk kandungan perfume. Walabagaimanapun, ia akan menyebabkan sticker dibawah botol berisiko untuk tertanggal atau terkopak. Ada jenis perfume yang tidak menggunakan sticker tetapi info ditulis diatas botol seperti chanel.


    3. Harga -
    Harga dikaunter agak mahal. Biasanya harga yang ditawarkan untuk botol sahaja tidak la begitu mahal. Harga 100ml perfume lelaki biasanya dijual dengan harga RM250. walau bagaimanapun, tawaran sampingan yang diberikan selalunya sangat menarik untuk dilepaskan. dengan tambahan kurang dari RM100 anda akan mendapat pelbagai hadiah dari designer seperti bag, toiletries bag, stationaries, toiletries set dan sebagainya. biasanya anda akan ambil package yang lebih menguntungkan nilai wang anda.
    Harga ORI biasanya bergantung pada penjual. Harga amirperfume untuk 100ml biasanya dalam  RM150. Cuma perfume yang sukar didapati di Market ORI, harga nya agak mahal sedikit (160-170). Ketika Sale, harga akan jadi lebih rendah dan sangat berbaloi untuk wang anda. Yang paling best, anda tidak terikat kepada 1 jenis perfume sahaja kerana harga sebegini anda mampu untuk mempelbagaikan jenama perfume anda.

    4. Aroma -
    Aroma perfume dikaunter adalah segar dan mengujakan. Memang menjadi daya penarik perfume dikaunter untuk menarik minat pembeli. Biasanya haruman aroma ini akan berkurangan setelah anda menggunakan perfume ini dalam sebulan dua dan hilang sepenuhnya tanpa anda sedari.
    Aroma perfume ORI pulak biasanya telah kehabisan aroma. Wangian yang anda dapat adalah wangian sebenar yang anda akan dapat sepanjang penggunaan perfume tersebut. Pengalaman menjual perfume ORI ni, ramai yang mengeluh bila semburan pertama seakan berbeza dengan perfume original bila di try dikaunter dan ingin memulangkan semula. Namun begitu, membatalkan hajat kerana selepas tempoh perfume bertenang, barulah dapat haruman sebenar yang dikehendaki. Oleh itu jangan terpedaya dengan aroma sementara perfume dengan harumannya yang sebenar.

    5. Alah membeli menang memakai –
    Untuk perfume kaunter, tak kisah alah membeli dengan harga yang tinggi sedikit tapi menang memakai dan mendapat kepuasan dan peace of mind kerana tahu produk yang anda beli.
    Untuk perfume ORI, tak kisah alah membeli bukan dikaunter tapi menang memakai kerana orang tahu apa perfume yang anda pakai dan suka kewangian anda. Malah kebiasaannya anda mungkin akan menjadi jurucakap untuk produk perfume untuk rekomenkan kepada kawan kawan anda tentang alah membeli menang memakai produk ini.

    Kesimpulannya, apa jua perfume yang anda pakai, pastikan ianya sesuai dengan anda. Di Amirperfume, kami hanya menyediakan anda option untuk mendapatkan designer perfume pada harga yang munasabah. Our best idea is the low price. Kami juga memberi peluang untuk anda mempelbagaikan koleksi minyak wangi anda dan memakainya mengikut kesesuaian masa dan tempat. In the end, apa yang paling penting, You feel good when you smell good.


    Harapan saya, info ini dapat membantu anda dan menjawab persoalan anda.

    Dari meja Amirperfume - Sekiranya anda ada sebarang persoalan mengenai perniagaan atau perfume terutama perfume reject, ajukan kepada Ammich2003@yahoo.com
    posted by Amirperfume (AP Network Enterprise - SA0215574-P) @ 10:43 AM   0 comments
    Bookmark and Share
    Wednesday, September 12, 2012
    Menjana pendapatan menjual minyak wangi

    From: Chris
    To: AMMICH2003@yahoo.com
    Sent: Wednesday, 12 September 2012, 13:21
    Subject: Harga perfume utk agent

    Selamat tghari bro...
    I nak tanya brapa harga agen yg lowest dpt u bagi i.i fikir nak buka perfume biz kat s***.buat kecil2 dulu...if mcm stok yg i ambil takdpt d jual,ble return n tukar yg lain tak?
    Tq..
    Chris.

    From: amir michael
    To: Chris @gmail.com>
    Sent: Thursday, 13 September 2012, 4:40
    Subject: Re: Harga perfume utk agent

    Terima kasih, Chris.

    1. Tahniah, kerana anda telah memulakan langkah yang bijak untuk menjana pendapatan melalui perniagaan.

    2. Harga Agen.
    Harga agen yang amirperfume tawarkan akan selalu tertera pada senarai harga yang ditawarkan. sebagai contoh :-

    Black XS Paco Rabbane RM 130 (90)



    Untuk perfume black XS Paco rabanne, harga yang ditawarkan RM130.00. Untuk agen, harga yang ditawarkan hanya RM90 (Harga dalam kurungan).

    3. Syarat mendapatkan harga agen.
    Untuk menikmati harga agen, anda perlu membeli 5 botol dan keatas pada pembelian pertama. Pembelian berikutnya hanya 2 botol dan keatas. Sekiranya anda ingin membeli 1 botol sahaja, anda masih dapat meraih harga agen + RM10 kos penyelenggaraan. Contoh, Sekiranya agen hanya membeli Black XS, harga untuk agen ialah RM100.

    4. Bayaran POSLAJU.
    Sila ambil perhatian, segala pengiraan diatas belum termasuk kos penghantaran menggunakan pos laju. Untuk semenanjung Malaysia, Postage dikenakan RM6 sebotol dan Sabah/sarawak RM9 sebotol. Untuk agen yang ambil dalam kadar yang banyak, harga akan mengikut harga sebenar yang pos laju kenakan. Dijamin tiada kos tambahan untuk postage.

    5. Bagaimana Menjana pendapatan dengan menjual perfume
    Contoh pembelian -
    Issey men 125ml RM 130 (90)
    Pleasure wmn 100ml RM130 (90)
    Boss no6 100ml RM 130 (90)
    Romance wmn 100ml RM130 (90)
    Attitude extreme Armani* 75ml RM130 (90)

    Jumlah pembelian - 450 + postage 30(anggaran) = 480
    Jumlah penjualan 130 X 5 = 650
    Jumlah keuntungan RM650 - 480 =170.

    Tips -
    1. Untuk berjaya, pemasaran yang tepat sangat kritikal. Sebaik sahaja menerima bungkusan anda, ambil gambar, iklankan pada kawan kawan, tunjukkan pada mereka perfume yang anda ada dan biarkan mereka menguji qualiti perfume anda. Perfume yang dijual biasanya mengandungi isi yang penuh. Beberapa semburan tidak akan mengurangkan isi kandungan perfume tersebut. Namun begitu, Sangat perlu untuk anda membeli untuk diri anda sendiri terlebih dahulu. Menggunakan perfume yang anda miliki sendiri adalah lebih berkesan dan mampu meyakinkan bakal pembeli anda. Selain anda mampu bercerita tentang qualiti perfume yang anda gunakan, kongsi semburan dengan kawan kawan untuk meyakinkan mereka.
    2. Lebih banyak perfume dalam stok anda, lebih mudah meyakinkan pembeli yang anda memang seorang penjual minyak wangi yang serius.
    3. Sentiasa order 5 botol dan keatas untuk menjimatkan kos pos penghantaran. Harga kos dapat diserap kedalam harga jualan setiap botol. Biasanya penghantaran 5 botol dikenakan caj dari rm18 - rm20 @ lebih kurang RM4 sebotol. (Harga pos tertakluk kepada kawasan dan berat bungkusan. Anda hanya perlu bayar apa yang poslaju caj. Pesanan anda akan diterima sehari selepas di pos.Mudah dan ringkas)

    4. Anda yang mengawal harga
    Jualan borong untuk agen adalah antara yang termurah ditawarkan di internet. Harga jual anda, anda yang tentukan. Harga jual dalam internet untuk issey miyaki 125ml adalah RM140 - RM160. Letak harga yang berpatutan pada perfume anda. Beri potongan harga seboleh mungkin. Pelanggan yang gembira akan setia kepada anda.

    5. Target penjualan bulanan anda.
    Sekiranya anda telah berjaya mengawalselia stock anda, kunci margin keuntungan anda pada RM30 sebotol dan mula bermain dengan harga. Target jualan bulanan yang tinggi. Bayangkan, penjualan 50 botol sebulan mampu menjana pendapatan sampingan RM1500 sebulan. Susah? Mungkin tidak. Sebab sekarang anda mampu untuk menjual Issey Miyaki 125ml dengan harga RM120, lebih murah dari Amirperfume.

    6. Kawalan mutu.
    Mengawal selia barangan anda dan mengawal mutu produk anda adalah nadi perniagaan anda. Cari ilmu berkaitan perfume sebanyak banyaknya. Lebih banyak anda tahu, lebih senang anda mengurus perniagaan anda. Usahakan untuk mendapatkan bekalan hanya dari seorang pembekal yang anda yakini. Sekiranya perlu, bertukar lah kepada pembekal yang lain sekiranya mutu barangan lebih baik dari pembekal sedia ada. Seharusnya, bertukar hanya kerana mutu barangan, bukan kerana harga.

    7. Jangan Tamak.
    Dalam perniagaan, pesaingan ada dimana mana. Jangan risau. Jadikan mereka pencetus semangat untuk menjual lebih dari apa yang mereka jual. Rezeki tuhan yang bagi. Jaga mutu barangan, jual pada harga berpatutan, dan jaga perhubungan dengan pelanggan, anda pasti akan berjaya.

    Soalan tambahan, Stok yang tidak terjual dipulangkan - Dalam perniagaan, lambakan stok barangan yang tidak terjual adalah perkara biasa. Jangan Risau. Dengan margin keuntungan yang besar dan penjualan yang berterusan, anda tidak akan melihat ini sebagai masalah. Kecuali anda ingin menjadi peniaga berskala kecil yang menjual kecil kecilan, anda harus memantapkan cara pemasaran anda untuk mengelakkan stok yang tidak terjual. Dalam perniagaan, jangan takut untuk gagal sebab pengalaman itu sangat mahal harganya.

    Harapan saya, info ini dapat membantu anda dan menjawab persoalan anda.



    Dari meja Amirperfume - Sekiranya anda ada sebarang persoalan mengenai perniagaan atau perfume terutama perfume reject, ajukan kepada Ammich2003@yahoo.com




    posted by Amirperfume (AP Network Enterprise - SA0215574-P) @ 12:25 PM   0 comments
    Bookmark and Share
    Saturday, September 1, 2012
    Want to become your Drop ship Agent.
    From: Lilly <***********@gmail.com>
    To: ammich2003@yahoo.com
    Sent: Saturday, 1 September 2012, 9:32
    Subject: Pefrume

    Salam Bro,

    Went thru ur blog, http://www.amirperfume.blogspot.com/ and i'm interested to know if i wanted to be agent/reseller, how to deal with u? I mean, do i need to buy from u everytime someone order from me or i can opnly be the middleman. As example, let say, MR A order 5 perfumes from me, do i need to buy those perfume from u and then sell to Mr A, or Mr A make a payment to me, u sent, i transfer the money to u (cost price + shipping cost), u deliver the item to me and i send to buyer.

    Thanks

    On 4 September 2012 03:24, amir michael wrote:

    Hi Lilly,

    Thanks for your email.

    What you mention on your email is a 'drop-ship' agent. You can promote my perfume and bank in to me and i will mail it to your customer. However this won't earn you the agent price but commission per sale.
    This is the calculation how its work.
    Example -
    Versace vanitas * 50ml RM120
    If you manage to get a customer buying this, for 50ml Versace Vanitas RM120, collect from your customer RM126 and bank in to me RM116 only. You will earn RM10 from your sale and i will mail to your customer the perfume.
    However, at any time you order 5 bottles, to be sent to 1 receiver, you are entitle for the agent price...

    The disadvantage of this kind of marketing -
    Price constrained - You don't have the ability to control your price with your customer.
    Limited marketing source - Your customer might end up finding my blog and deal directly with me.

    As my intention to get you to start with your own business, I encourage you to buy 5 bottles as your starting point.
    Try to get pre-order of 2 or more perfumes from your friends.

    Try to get the famous brand to add to your list of 5.

    Example -
    You manage to get your friend to buy 2 bottles
    Issey men 125ml RM 130 (90)
    Pleasure wmn 100ml RM130 (90)
    Collect from them RM260 and place your order for another 3
    Boss no6 100ml RM 130 (90)
    Romance wmn 100ml RM130 (90)
    Attitude extreme Armani* 75ml RM130 (90)


    Total amount to purchase - 450 + postage 30 = 480
    total pre - sale = 260
    your actual starting cost = 220
    Your potential earning RM650 - 480 =170.


    Tips -
    1. Once you receive this 5 bottles, take pictures, promotes to your friends, show them what perfume that you have and let them experience the quality of the product. 1-2 spray wont effect the content as my perfume usually comes as full. Take pre-order but try to sell your ready stock 1st.
    2. The more perfumes you have in hand, the easier to convince your customer to buy.
    3. Keep order 5 or more to save you postage fee. Usually i am charging you according to what pos laju charge you only. For 5 bottles, the charges is about rm18-20 only.
    4. You can play with the price. My selling price is among the cheapest in the market. For 125ml Issey Miyaki man, the actual price in the market is RM140 - 160. Label your price higher and give them more discount. Happy customer will ensure you their repeat order.
    5. Once you can maintain your monthly stock, lock your profit margin at RM30 per bottle and start playing with your price. Aim to sale 50 bottles per month to earn RM1500 extra income. It's not hard as now you can sale your issey miyaki 125ml at RM120, cheaper than amirperfume.
    6. Marketing strategies is important. Aim your audience and your potential buyer and try to get them as many as you can. Price discount is another good tool to attract buyer.
    7. To maintain the quality of your perfume is a must. No compromise. You should gain more knowledge on this. If possible, try to maintain with 1 supplier only. If needed to switch, always go for quality, not the price offer.
    8. Product knowledge is crucial. Take google as your best friend at all time.


    I hope this will help. Drop me your email if you need more clarification.


    Thanks.


    WHY PAY MORE IF YOU CAN GET IT MORE CHEAPER....
    CHECK MY LATEST PERFUME COLLECTION ON SALE at
    http://www.amirperfume.blogspot.com/
    posted by Amirperfume (AP Network Enterprise - SA0215574-P) @ 1:41 PM   0 comments
    About Me

    Name: Amirperfume (AP Network Enterprise - SA0215574-P)
    Home: shah alam, selangor, Malaysia
    About Me:
    See my complete profile
    Previous Post
    Archives
    Links
    Template by

    Free Blogger Templates